Monday 23 December 2013

Ungkapan magis

Ungkapan magis

 Oleh Saadiah Ismail | saadiah_ismail@bh.com.myCetak
Ungkapan magisSyasya melayan pelanggan yang berkunjung ke butik kakaknya. - Foto Khairunisah Lokman
Ungkapan macam cantik jer, macam comel jer jadikan Syasya popular

"Macam cantik jer, macam comel jer". Ungkapan itu begitu popular dan menjadi ikutan ramai termasuk dalam iklan produk di radio. 

Semuanya gara-gara Siti Syasya Rosaelmi Ahmad, 16, atau lebih dikenali sebagai Syasya Solero memuat naik rakaman solekan matanya di laman sosial beliau, Keek, baru-baru ini. 
Siapa sangka impak ungkapan itu membuatkan Syasya tiba-tiba popular dan dikenali ramai apabila video dihasilkan meraih like dan tontonan sehingga mencecah 1,282,836 pelayar. 


Tidak kurang juga yang menjadikan ungkapan itu bahan jenaka, selain menerima kritikan pedas. Komen dan pandangan umum diterima pula bukanlah suatu yang positif, namun boleh dikatakan semuanya berbentuk kutukan dan 'menghentam', sehingga mengundang rasa tidak selesa kepadanya. 

Raih perhatian 

Syasya berkata, sejak awal tahun ini, beliau aktif dalam laman sosial, tetapi tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini, malah video yang dihasilkan juga tidak pernah dipedulikan, berbanding yang terkini itu. 

“Saya menghasilkan kira-kira 12 video, sama macam orang lain juga. Tidak ada yang luar biasa bagi saya. Bagaimanapun, selepas video ‘macam cantik macam comel’ mendapat perhatian ramai, saya terpaksa membuang beberapa video lain supaya tidak disalah guna oleh orang lain,” katanya ketika ditemui FAMILI di butik kakaknya, Arunee Tomey Collection, di Seri Kembangan, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...