Sunday 1 December 2013

Bekas Pengarah JSJ Fauzi Saari meninggal dunia




Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Fauzi Saari (gambar) meninggal dunia pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang akibat daripada penyakit buah pinggang dan hati.

“Sah Datuk Fauzi meninggal dunia,” kata seorang aktivis PAS apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.Fauzi menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan menjadi calon parti Islam itu bagi kerusi Parlimen Larut di Perak.

Jenazah beliau dijangka akan dibawa ke rumahnya di Shah Alam sebentar lagi.Fauzi memecahkan rekod dalam dunia kepolisian dan politik apabila menjadi bekas anggota paling kanan yang menyertai parti pembangkang.

– 1 Disember, 2013.

Sumber : 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...