Sunday 15 December 2013

TIADA RUSUHAN DI BETONG

TIADA RUSUHAN DI BETONG


Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar
(sumber foto internet)
KUCHING: Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.
"Saya minta tiada lagi pihak yang cuba menyebar khabar angin kononnya ada rusuhan berlaku. Apa yang berlaku hanya andaian semata-mata," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Dalam kejadian semalam, seorang pekerja warga Indonesia di Ladang Raja Udang, Pusa, kira-kira 300km dari sini, mati ditembak kerana menyerang polis ketika cuba ditenteramkan selepas dia mengamuk dan mencederakan rakannya.
Anggota polis dari Balai Polis Pusa tiba setengah jam selepas menerima laporan, polis cuba mengawal keadaan dan memujuk lelaki berkenaan supaya menyerah diri, bagaimanapun dia bertindak menyerang polis menyebabkan mereka terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian dadanya.
Wan Zaizodin berkata anggota polis ditempatkan di kawasan itu untuk memantau keadaan. 

Baca artikel yang berkaitan sebelum ini :

Sumber myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...