Saturday 14 December 2013

PEKERJA LADANG SERANG PASUKAN POLIS + BICARA SINDIKET

PEKERJA LADANG SERANG PASUKAN POLIS


Betong: Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.
Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis. 
Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri. 
Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.
Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.
Sumber : myMetro

Bicara SindiketGerakan Terancang Peringkat Global Sesetengah Pihak Luar?

Mungkinkah ini satu permulaan seperti yang telah terjadi di Singapore tempoh hari? Mungkinkah ianya adalah satu perbuatan terancang yang cuba menimbulkan kekecohan di negara yang masih belum dilanda konflik keganasan di Asia Tenggara ini? 



Adakah selepas ini mungkin Brunei pula menjadi sasaran? Jika benar, ada kemungkinan ini adalah satu kegiatan terancang bertaraf global untuk menghuru-harakan rantau Asia Tenggara dengan pelbagai cara.
Pernahkah anda terbaca tentang program JV2020 yang amat berkaitrapat dengan Dasar Globalisasi sebuah negara Barat?
(Klik link tulisan berwarna untuk maklumat yang berkaitan)

Apa yang saya merepek ni? Hahaha. Tapi tak salah untuk berfikir. Pelbagai cara akan dibuat oleh orang luar untuk menghuru-harakan negara kita. Ingat kes Sulu? Ingat kes Guard Ambank? Ingat kes Rusuhan di Singapore? Berapa ramai pendatang di Malaysia sekarang? Ada tak Gov kita periksa mereka ni secara terperinci sebelum mereka dibenarkan bekerja di sini? Hmmmm.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...