Friday 20 December 2013

KONFLIK SELATAN SUDAN : KAKITANGAN PETRONAS WARGA MALAYSIA SELAMAT

Sekilas Pandang Konflik Selatan Sudan

South Sudan conflict: Mediators upbeat after Kiir talks



African mediators say they have had "productive" talks with South Sudan's President Salva Kiir as they try to stop days of clashes spreading.
Heading the delegation, Ethiopian Foreign Minister Tedros Adhanom said the talks would continue.
At least 500 people are believed to have died since last weekend, when President Kiir accused his ex-deputy Riek Machar of a failed coup.

SEMUA KAKITANGAN PETRONAS WARGA MALAYSIA DI SELATAN SUDAN SELAMAT

KUALA LUMPUR: Semua kakitangan Petronas warga Malaysia di Selatan Sudan berada dalam keadaan selamat dan dapat dikesan, kata Petroliam Nasional Berhad. 

"Mereka dinasihati supaya sentiasa berhati-hati, termasuk mematuhi arahan perintah berkurung yang dikuatkuasakan Kerajaan Selatan Sudan," menurut kenyataan Petronas di sini, hari ini. 

Kenyataan itu menyebut Petronas memantau rapi perkembangan dan mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan para petugasnya. 

"Petronas, bagaimanapun, dukacita apabila mendapat tahu beberapa pekerja pelantar minyak anak tempatan Selatan Sudan yang digaji oleh dua syarikat operasi usahasama (JOC) di Selatan Sudan yang ada kepentingan Petronas, terkorban dan mengalami kecederaan," jelas kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyebut pengurusan dua JOC terbabit memulakan pemindahan secara teratur baki pekerjanya dari pelantar minyak itu. 

- BERNAMA

SUMBER BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...