Monday 9 December 2013

OMG Juara Liga Lawak Superstar

OMG Juara Liga Lawak Superstar


Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan muncul sebagai juara Liga Lawak Superstar (LLS) apabila berjaya menewaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang terdiri daripada Kamal Adli, Didie Alias dan Shafiq Kyle.

OMG yang meraih markah sebanyak 70 peratus ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM250,000. Manakala Apa kasih Toq yang mendapat markah 58 peratus menerima wang tunai berjumlah RM75,000.

Kedua-dua pasukan menunjukkan kebolehan dan ketangkasan minda masing-masing melalui 5 permainan iaitu 'Mengecut', 'Peniru Besar', 'Penyanyi Berkepala 3', 'Awal & Akhir' dan 'Karaoke Uncle'.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Idham Omar, TV3 berasa cukup teruja dengan sambutan positif penonton terhadap
program yang baru pertama kali diadakan ini.

"Pertama kali TV3 memperkenalkan Liga Lawak Superstar, kami teruja dengan sambutan positif yang diterima di kalangan penonton TV3. Kedua-dua kumpulan ini telah memberikan persembahan yang paling kreatif dan menyerlah sepanjang tiga bulan berada di pentas Liga Lawak Superstar," uajr Izham yang hadir bagi menyampaikan hadiah kepada setiap pemenang.

Pada pusingan separuh akhir kedua LLS yang lalu, kumpulan Aku Diandra (IIya, Qazem Nor, Shera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 50,000.

Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan, Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri profesional.

Pemenang ditentukan berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio.

SUMBER : Gua.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...