Monday 9 December 2013

Dan Calonnya Adalah... Siri Baru di Tonton

Dan Calonnya Adalah... Siri Baru di Tonton


Setelah kejayaan 'Autumn DI Hatiku' dan 'Sweetheart Fantasia' portal video nombor satu di Malaysia, Tonton, kini tampil dengan siri terbaru berjudul, Dan Calonnya Adalah...

Drama bergenre komedi ini diterajui oleh Faralyna Idris, Anding Indrawani, Maria Tunku Sabri, Harris Alif, Anas Ridzuan dan bintang Korea, Kim Jin Sung atau JS.

Dan Calonnya Adalah... mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya, Puan Kamariah (Maria Tunku Sabri) termasuklah dalam hal pemilihan calon suaminya sendiri.

Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau dia bakal dikahwinkan dengan Haris (Anding Indrawani) yang merupakan anak kepada kawan ibunya.

Akibat terdesak, Katrina meminta bantuan daripada rakannya Shai (Janna Nick) serta agensi mencari jodoh milik yang dimiliki oleh Cik Pooja (Susan Lankester). Katrina perlu berhadapan dengan kerenah 14 orang jejaka yang terdiri daripada pelbagai ragam serta gelagat.

Drama 28 episod ini boleh ditonton dengan melayari www.tonton.com.my/dancalonnya mulai 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari.

Sumber Gua.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...