Showing posts with label tentera darat. Show all posts
Showing posts with label tentera darat. Show all posts

Monday, 23 December 2013

GAMBAR HELIKOPTER NURI TERHEMPAS DI PERAK 231213

###########################################

Kapt #### kapt #### 1xacrew..3xaskar melayu diraja..total 6
Terima maklumat 201315 1 x Nuri POB 4 hard landing semasa hendak mendarat di Pu Perak masa sebenar sedang dipastikan. Cuaca tempat kejadian dilaporkan cerah. Seorang kru patah tangan yang lain mengalami kecederaan ringan. CASEVAC menunggu keputusan P###. MWL 3 telah meletakkan C### sedia diaturgerak bilax masa. Maklumat lanjut menyusul.

#############################################################826491733

738 183 193

Sunday, 15 December 2013

Tentera Darat siapkan jambatan kedua di Terengganu

Tentera Darat siapkan jambatan kedua di Terengganu



KUALA LUMPUR: Tentera Darat telah menyiapkan sebuah lagi jambatan yang sebelum ini mengalami runtuhan di kedua-dua arah akibat banjir di Kampung Kuala Kejil, Kuala Berang, Terengganu.
Jambatan taktikal jenis Compact Bailey 100 itu boleh digunakan orang ramai sejak 7 pagi tadi.

Pembinaan dan pemasangan jambatan itu melibatkan seorang pegawai dan 40 anggota lain-lain pangkat dari 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja.
"Jambatan taktikal itu telah diaturgerakkan dari Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota Kluang di Johor," menurut kenyataan Markas Tentera Darat di sini hari ini.

Ia berkata pembinaan jalan masuk dan tanjakan telah dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Kerja Raya.

Ketika dihubungi, Pegawai Perhubungan Raya Markas Tentera Darat, Kapt Siti Aishah Noor berkata jambatan itu mula dibina pada 13 Disember.

Pasukan itu sebelum ini membina jambatan taktikal sepanjang 20 meter di bandar Chukai, Kemaman. - BERNAMA

Continue reading

Sunday, 8 December 2013

TERKINI : Semua 13 pelatih komando ditemui selamat di Pantai Kundur

TERKINI : Semua 13 pelatih komando ditemui selamat di Pantai Kundur


MELAKA: Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi.
Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan kesemua pelatih komando itu kemudiannya disahkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau yang dihubungi dipetik berkata 13 anggota pelatih komando berkenaan sedang menjalani latihan mendayung.

Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, jurucakap di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

Sumber MyMetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...