Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Monday, 23 December 2013

Aaron Aziz Syukur Isteri Kini Berhijab

Aktor terkenal Aaron Aziz melahirkan rasa bersyukur apabila isterinya, Diana Halik kini melalui satu fasa baru dalam kehidupannya apabila tampil dengan imej berhijab. Menurut pelakon drama ‘Nora Elena’ ini, dia sendiri tidak menyangka isterinya itu akan berhijrah namun mengakui sangat gembira kerana impiannya untuk melihat isteri tercinta memakai hijab kini termakbul.

“Saya pernah menyuarakan hasrat saya untuk melihat dia memakai tudung sejak pulang mengerjakan umrah dua tahun lalu, namun, saya tidak memaksanya kerana bagi saya biarlah hati dia terbuka sendiri untuk berubah kerana Allah dan bukannya kerana saya.

Sebagai suami saya cuba bagi peringatan secara lembut dan penuh kasih sayang. Kami sentiasa ingatkan diri masing-masing dan saya tidak pernah memaksa dia untuk bertudung. Ini kerana jika pakai tudung kerana suami paksa dah jadi satu perkara yang tak betul. Tapi sekarang Allah dah buka pintu hati dia, jadi Alhamdulillah, ringan sikit dosa saya,” ujar Aaron mengulas mengenai imej baru isterinya yang tampil bertudung ketika majlis pelancaran telefilem 'Oh My English-Hello America!' di Hotel Hilton Kuala Lumpur, pagi Isnin.

“Tidak dinafikan pada mulanya saya pelik juga sebab biasanya orang balik Umrah pakai tudung tapi Diana bertudung selepas kami balik dari bercuti di Hong Kong pagi tadi (Isnin). Namun, Alhamdulillah ini menunjukkan Allah boleh buka hati manusia pada bila-bila masa dan di mana saja," ujar Aaron berharap agar peminat sama-sama mendoakan perubahan isterinya itu.

“Bukan semua orang sukakan kita dan sudah menjadi lumrah orang akan cuba mencari kesilapan serta mengutuk kita. Kita buat baik macam mana pun orang akan tetap bercakap malah saya sendiri selalu difitnah. Jadi, berilah Diana masa untuk dia berubah sedikit demi sedikit dan sama-samalah kita mendoakan dia,” pinta pelakon ‘Adam dan Hawa’ ini lagi.

Aaron turut memberitahu penghijrahan isterinya itu juga sebagai penanda aras untuk anak-anaknya melakukan perkara yang sama dan berharap dapat mendidik mereka ke arah kebaikan. Diana yang berada di sisi Aaron turut berkongsi mengenai sebab dia mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan.

“Sebelum ini Aaron ada juga suruh saya pakai tudung tapi mungkin waktu itu pintu hati saya belum terbuka lagi. Saya memang sentiasa nak pakai tudung lebih-lebih lagi selepas dua kali mengerjakan Umrah. Apabila Aaron menyuarakan hasrat untuk pergi mengerjakan Umrah sekali lagi, saya cakap dengan diri sendiri, saya segan dan malu nak pergi balik sebab saya masih tak bertudung.

Namun, kebelakangan ini Aaron suka tunjuk video tanda-tanda kiamat kepada saya dan bila dalam penerbangan pulang dari Hong Kong malam tadi, saya teringat kembali video kiamat itu. Kebetulan ada selendang tepi saya dan saya pakainya sehingga sampai ke rumah. Dari situ, saya terus nekad memakai tudung, bagaimanapun saya masih belajar untuk berubah secara perlahan-lahan,” tutur Diana yang tampil mengenakan selendang hitam pada hari pertamanya berhijab.
Sumber Gua.Com

Friday, 20 December 2013

Mangsa culik warga Taiwan berjaya diselamatkan

Mangsa culik warga Taiwan berjaya diselamatkan

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya petang ini.
"Syabas pasukan bersenjata Filipina, mangsa culik rakyat Taiwan di Pom Pom berjaya diselamatkan," katanya.
Ia kemudian disusuli dua lagi catatan berbunyi: "Kita tunggu perkembangan lanjut dari pihak berkuasa Filipina." Khalid berkata wanita itu yang diselamatkan di Sulu, kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok. Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 Nov, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, 57, ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh ke bilik penginapan mereka di pulau berkenaan.
Dalam kes itu, polis turut menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis lepas.
Kedua-duanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan bekerja di kawasan pulau sekitar Semporna.
Sumber Harian Metro 

Thursday, 19 December 2013

5 penyamun terperangkap

5 penyamun terperangkap



Kuala Lumpur: Sekumpulan lima perompak diketuai seorang wanita ‘terperangkap’ hampir tiga minit apabila cubaan mereka merompak sebuah kedai pinjaman wang berlesen di Batu 4, Jalan Ipoh, di sini, dikesan pekerja premis itu, semalam.
Kumpulan perompak berusia 27 tahun hingga 40 tahun itu terperangkap di kawasan tangga premis, selepas pekerja kedai pinjaman wang itu mengunci pagar dan pintu pejabat di tingkat dua bangunan kedai berkenaan.
Berang dengan keadaan itu, seorang daripada lima suspek melepaskan enam das tembakan sebelum berjaya meloloskan diri dalam kejadian jam 2.45 petang itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, bimbang keselamatan mereka terancam selepas tembakan dilepaskan, empat pekerja premis itu membuka pagar menyebabkan penjenayah berjaya melarikan diri.

Khairi berkata, sebelum itu lima penjenayah terbabit datang ke premis berkenaan dam berpura-pura untuk meminjam

Wednesday, 18 December 2013

ARTIS, AKHBAR & CARIAN GOOGLE MALAYSIA LAIN YANG PALING POPULAR 2013

Sumber Beautiful Nara
Izzue Islam menjadi selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Berita perkahwinan Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin sedikit sebanyak menambahkan lagi populariti dan bilangan carian yang dilakukan oleh orang ramai mengenai dirinya.
izzue islam
Si cantik manis Emma Maembong mengungguli tempat kedua sementara ratu kontroversi, Sharifah Sakinah berada di tempat ketiga. Tidak ketinggalan Ashraf Muslim dan Afiq Muiz turut berada di dalam senarai ini kerana kontroversi yang melanda diri masing-masing sepanjang tahun 2013. Senarai penuh di bawah:-
Setia Hujung Nyawa pula mengungguli senarai “Malaysian TV Series”. 2 drama yang ditayangkan di Astro iaitu Adam & Hawa dan Sehangat Asrama turut sama tersenarai. Senarai penuh di bawah:-
Abang Nara juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pembaca BeautifulNara yang melakukan carian menerusi “smartphone” anda sekaligus menyaksikan BeautifulNara berada di kedudukan keempat untuk laman web tempatan. Terima kasih banyak-banyak.
Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui apakah carian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi Google untuk tahun 2013. Kredit info Amanz.
TERMA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Lahad Datu
2SKMM
3Keputusan PRU13
4Setia Hujung Nyawa
5Gwiyomi
6Teduhan Kasih
7Malindo Air
8WeChat
9The Conjuring
10Cinta Jannah
CARIAN TERHANGAT PADA PERANTI MUDAH-ALIH
1Mudah
2Maybank2U
3MalaysiaKini
4Beautifulnara
5AirAsia
6Sinar Harian
7Harakah
8Berita Harian
9CIMB Clicks
10Kosmo
PERSONALITI TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Paul Walker
2Tegar
3Isteri Mat Yo
4Sharifah Zohra Jabeen
5Nelson Mandela
6Jackie Chan
7Sultan Sulu
8Adam Adli
9Lea Michele
10Gareth Bale
SIRI-TV TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Setia Hujung Nyawa
2Teduhan Kasih
3Cinta Jannah
4Adam dan Hawa
5Sehangat Asmara
6Kampung Girl
7Cinta Jangan Pergi
8Sedetik Cinta
9Asmara Luna
10Dahlia
FILEM TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013 (FILEM MALAYSIA)
1KL Gangster 2
2Highland Tower
3Psiko Pencuri Hati
4Vikingdom
5Juvana
6Bikers Kental
7Adnan Sempit 3
8KL Zombie
9Langgar
10Gangster Celop
FILEM TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1The Conjuring
2Despicable Me 2
3Pacific Rim
4Man of Steel
5KL Gangster 2
6Iron Man 3
7Insidious 2
8Highland Tower
9Singam 2
10After Earth
SELEBRITI TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Izzue Islam
2Emma Maembong
3Sharifah Sakinah
4Nelydia Senrose
5Ashraf Muslim
6Fizz Fairuz
7Afiq Muiz
8Adi Putra
9Fiza Elite
10Amar Asyraf
KERETA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Proton Suprima
2Proton Saga SV
3Nissan Almera
4Kia Cerato
5Toyota Vios
6Kia Rio
7Peugeot 208
8Proton Preve
9Ford Kuga
10Lamborghini Veneno
LAGU TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Gwiyomi
2Harlem Shake
3Gangnam Style
4Putih Putih Melati
5Sandiwara Cinta
6Gentleman
7Wrecking Ball
8Aku Yang Dulu
9Banana Song
10Hanya Aku
PORTAL BERITA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1MalaysiaKini
2Kosmo
3Berita Harian
4Sinar Harian
5Harakah
6Harian Metro
7Malaysian Insider
8Utusan Malaysia
9The Star
10Malaysia Chronicle
AHLI POLITIK TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Anwar Ibrahim
2Lim Kit Siang
3Aspan Alias
4Najib Razak
5Rafizi Ramli
6Azmin Ali
7Husam Musa
8Tian Chua
9Taib Mahmud
10Mat Sabu
PERSONALITI SUKAN TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Gareth Bale
2Thiago Alcantara
3Mesut Ozil
4Adnan Januzaj
5Oscar Pistorius
6David Moyes
7Marouane Fellaini
8Wilfred Zaha
9Pablo Aimar
10Iago Aspas
RANCANGAN TV TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Upin & Ipin
2Running Man
3Ultraman
4BoBoiBoy
5Adam dan Hawa
6Cinta Jannah
7Slugterra
8Thendral
9Ben 10
10Nadhaswaram
JENAMA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Coach
2Louis Vuitton
3Burberry
4Guzzi
5Zara
6Michael Kors
7Victoria;s Secret
8Braun Buffel
9Sephora
10Marc Jacobs
DESTINASI PERCUTIAN TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Genting Highlands
2Langkawi
3Gold Coast Morib
4Pulau Perhentian
5Pulau Pinang
6Pulau Tioman
7Port Dicksont
8Melaka
9Kuching
10Pulau Redang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...