Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

TNB belanja RM10 juta baik pulih pencawang terjejas banjir di tiga negeri


TNB belanja RM10 juta baik pulih pencawang terjejas banjir di tiga negeri
KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk kerja membaik pulih, pemasangan pencawang baharu serta stesen janakuasa yang mengalami kerosakan di tiga negeri yang dilanda banjir baru-baru ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kos itu juga membabitkan kerja menaik taraf dan menukar alat ganti pencawang yang rosak di Pahang, Terengganu dan Johor. "Ketika banjir baru-baru ini, sebanyak 1,299 penawang di Pahang terjejas dan tenggelam termasuk pencawang masuk utama Kuantan Utara, kita terpaksa memutuskan bekalan elektrik selama 10 jam kepada lebih 76,000 pengguna seluruh Pahang pada 4 Dis lepas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Anggaran kos pembaikan serta pemasangan baharu pencawang di Pahang berjumlah RM7.7 juta dan selebihnya bagi kos pembaikan di Terengganu dan Johor yang kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan TNB kepada kerajaan negeri di sini, hari ini.
TNB yang diwakili Pengurus Besar Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Komunikasinya, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin menyampaikan sumbangan RM250,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob untuk tabung bencana banjir negeri.
Sementara itu, Mohd Aminuddin berkata sumbangan berkenaan merupakan tambahan kepada RM3.25 juta yang disumbang bagi menyediakan 40 set janakuasa untuk menyalurkan bekalan elektrik sementara ke kawasan yang terjejas banjir di negeri itu.
Menurutnya TNB turut menghulurkan bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir seperti beras, minyak masak dan gula berjumlah RM20,000 di pusat pemindahan banjir. Sementara itu, Adnan berkata sumbangan yang dihulurkan oleh TNB itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa banjir yang mengalami banyak kerugian.
"Diharapkan bantuan daripada TNB ini dapat membantu mereka, Kerajaan Pusat juga akan memberikan wang ihsan RM500 dan kerajaan negeri akan menambah RM250 lagi dan kita akan lihat jika ada bantuan lain yang boleh kita hulurkan kemudian," katanya. - BERNAMA
Sumber Berita Harian

Monday, 9 December 2013

Keadaan cuaca di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka bertambah baik esok

Keadaan cuaca di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka bertambah baik esok



KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka bertambah baik esok berikutan hujan diramal berlaku hanya di beberapa kawasan sahaja di negeri berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Amirzudi Hashim berkata di Kelantan dan Terengganu, hujan dijangka berlaku di satu dua tempat pada sebelah pagi hingga malam. 
"Biarpun hujan, ia adalah hujan yang normal, bukan hujan berlarutan atau berterusan seperti yang dilaporkan media sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 


Beliau berkata di Pahang, hujan dijangka berlaku di kawasan pantai pada sebelah pagi manakala pada petang dan malam, hujan diramalkan di satu dua tempat sahaja. 

Di Johor pula, hujan diramal berlaku di kawasan pantai pada sebelah pagi dan ribut petir pada petang selain berkemungkinan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam, katanya. 

Sementara itu, Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM Muhammad Helmi Abdullah berkata pihaknya sedang mengumpul data berhubung taburan hujan kali ini di seluruh negara. 

Ditanya sama ada taburan hujan kali ini adalah luar biasa sehingga menyebabkan banjir teruk terutamanya di Pahang dan Terengganu, beliau berkata pihaknya perlu melihat hasil pengumpulan data itu. 
"Untuk mengira taburan hujan, ia bukan mengambil kira daripada lihat kepada keadaan banjir yang besar tetapi Jabatan Meteorologi perlu lihat kuantiti air hujan yang turun dan membuat perbandingan dengan tahun-tahun lepas. 

"Saya akui hujan (kali ini) memang lebat, tetapi setahu saya pernah ada taburan hujan yang lebih tinggi lagi sebelum ini, jadi tidak boleh kata (hujan) luar biasa," katanya. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian

Banjir di tiga negeri semakin surut

Banjir di tiga negeri semakin surut

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Trengganu, Johor dan Pahang semakin pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat 5 petang ini.

Di Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan beberapa jalan utama iaitu Kuala Terengganu-Kuantan dan Lebuhraya Jerangau-Jabor serta jalan pantai kini dibuka kepada semua kenderaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri itu juga berada di bawah paras amaran.


Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di negeri itu kian berkurangan kepada 15,876 orang berbanding 22,617 orang pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka terdiri daripada 3,475 keluarga yang berada di 45 pusat pemindahan di Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Marang.

Di Kemaman, 7,534 orang pulang ke rumah masing-masing dengan hanya 13,335 sahaja yang masih tinggal di pusat-pusat pemindahan manakala di Dungun jumlah mangsa turut berkurangan kepada 2,512 orang berbanding 2,719 orang pagi tadi.

Di Kuala Terengganu seramai enam orang mangsa terdiri daripada satu keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Felda Belara manakala di Marang, hanya 23 orang daripada lapan keluarga masih berada di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh.
Di JOHOR, hanya tujuh pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Segamat petang ini bagi menempatkan 449 orang daripada 114 keluarga.

Pusat pemindahan tersebut ialah Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya.

Sementara itu, pusat pemindahan di Balai Raya Linau Kechil di Batu Pahat dan Balai Raya Parit Stan di Pontian yang dibuka pagi hari ini telah ditutup dan kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 32,189 orang, manakala kesemua tujuh pusat pemindahan yang menempatkan 137 mangsa banjir di daerah Raub telah ditutup tengah hari tadi.

"Sehingga 5 petang tadi, seramai 32,189 mangsa banjir yang terdiri daripada 9,879 keluarga masih ditempatkan di 132 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas banjir," kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Bernama.

Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 26,397 orang di 34 pusat pemindahan.

Di Pekan, masih terdapat 3,182 mangsa di 34 pusat pemindahan, Temerloh (1,049 orang di 23 pusat pemindahan), Maran (839 di 17 pusat), Jerantut (456 di 10 pusat), Bera (170 di tujuh pusat), Lipis (60 di lima pusat) dan Rompin (36 di dua pusat).

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan antaranya di Km14, Jalan Temerloh-Bahau dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial).

- BERNAMA


Sumber BERITA HARIAN

Penang aid for Pahang flood victims

Penang aid for Pahang flood victims

GEORGE TOWN (Dec 9, 2013): The Penang Welfare Department has sent its staff to help the flood victims in Pahang.
State Welfare and Caring Society committee chairman Phee Boon Poh said 15 welfare department staff have so far been sent to Kuantan to provide humanitarian assistance.
He said the staff were sent there once the department had ensured everything was back to normal in Penang.
Phee also called on the public and NGOs to donate clothes and toiletries for the flood victims in Pahang.
"We want to assist these victims who we fear are facing medical and sanitary problems," said Phee.
He said the public can send their donations to the Caring Society Complex between 8am and 4pm daily, and expressed hope that the aid can be sent to Kuantan in the next three days.
Source The Sun

Monday, 2 December 2013

Hujan lebat di Pahang, Terengganu dan Johor hingga esok boleh sebabkan banjir

Hujan lebat di Pahang, Terengganu dan Johor hingga esok boleh sebabkan banjir


 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga untuk Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di Pahang yang akan berterusan sehingga esok.

Sementara itu amaran hujan lebat peringkat kuning pula adalah untuk Dungun dan Kemaman di Terengganu; Mersing, Segamat, Kota Tinggi dan Kluang di Johor yang juga akan berterusan hingga esok, demikian menurut kenyataan akhbar jabatan itu di sini.


"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan tersebut yang berkedudukan rendah," kata kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, Malaysia kini mengalami musim monsun timur laut atau musim tengkujuh bermula awal November lepas dan dijangka berakhir minggu ketiga Mac tahun depan.


Sumber : BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...