Saturday, 23 November 2013

Johor Tukar Cuti Mingguan Kepada Hari Jumaat Bermula 1 Januari 2014.

Sebelum ni kecoh tentang Johor tukar cuti minggu SABTU AHAD kepada JUMAAT SABTU.

Sebenarnya cuti JUMAAT SABTU dah pun dilaksanakan di Johor dulu. Tapi lupa lak bila ianya ditukarkan semula ke SABTU AHAD.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Berita ini akhirnya disahkan oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, sempena Hari HOL yang disambut seluruh Negeri Johor.

Baginda menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Maka dengan ini secara sah dan konfom bahawa cuti mingguan negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya sah bertukar dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH SELAMATKAN SULTAN


TERKINI : GEMPA BUMI 6.5 MENGGEGARKAN SELATAN PASIFIK.

GEMPA BUMI 6.5 MENGGEGARKAN SELATAN PASIFIK.

Sebuah gempa terjadi di kawasan Selatan Pasifik telah dilaporkan oleh US GEOLOGICAL SURVEY.

Namun Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan apa-apa amaran Tsunami. Ini adalah kerana, menurut kajian mereka, pusat gempa terjadi jauh ke dalam perut bumi.

Laporan Asal sila Klik link di Bawah

6.5 Earthquake Hits South Pacific

Friday, 22 November 2013

FAKTA YANG PELIK TENTANG PERSAMAAN KENNEDY DAN LINCOLN






Siapa tak kenal Abraham Lincoln dan John F Kennedy?

Tapi korang tahu tak yang mereka berdua ni berkongsi persamaan yang pada aku,  agak pelik tapi fakta! Betul beb!
Contohnya,
Abraham Lincoln telah dipilih ke  Congress pada tahun 1846.
John F. Kennedy pula telah dipilih   Congress pada tahun 1946.
Mereka berdua mati pada hari Jumaat.
Mereka berdua juga ditembak di bahagian kepala.
Ni yang pelik ni -
Setiuasaha Lincoln namanya Kennedy.
Setiuasaha Kennedy namanya Lincoln.
Dua-dua mereka ditembak oleh orang Selatan
Dua-dua mereka digantikan oleh orang Selatan bernama Johnson!
Banyak lagi la fakta persamaan pelik pasal 2 orang ni. Segalanya ada dalam artikel lengkap oleh rakan saya dalam

Kebetulan, hari ini (22 Nov 2012) merupakan ulang tahun ke 50 peristiwa pembunuhan JFK. Presiden Obama mengisytiharkan hari ini sebagai satu hari rasmi bagi memperingati kejadian tersebut
Untuk laporan penuh sila klik link di bawah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...