Showing posts with label sultan johor. Show all posts
Showing posts with label sultan johor. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Sultan Johor Beli 20 Peratus Saham BTS


PETALING JAYA: Selepas menjual enam plot tanah di Johor Baru bernilai RM4.5 bilion, Sultan Johor menandatangani perjanjian untuk membeli 20 peratus saham Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) membabitkan RM250 juta tunai.
Ia bukan pelaburan pertama yang dimeterai Sultan Johor beberapa bulan kebelakangan ini.
Pada Selasa, Berjaya Assets Bhd memberitahu Bursa Malaysia bahawa syarikat tersebut telah melupuskan saham 150 juta atau RM1 setiap satu, atau 20 peratus kepentingan ekuitinya dalam BTS kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bangunan BTS merangkumi pusat membeli-belah setinggi 12 tingkat, dua menara suite 46 tingkat, lima tingkat tempat letak kereta bawah tanah dan 10 tingkat tempat letak kereta annex.
Selain itu, BTS turut terlibat mengendalikan tempat letak kereta dan taman tema, serta anak syarikat lain yang menguruskan Berjaya Waterfront, Johor Baru (sebelum ini dikenali sebagai The Zon di Johor) dengan hartanah berkeluasan melebihi 7.28 hektar di Johor.
Berjaya Assets berkata, pelupusan itu menambah wang tunai segera dan mempelawa Sultan Ibrahim untuk melabur secara langsung dan mengambil bahagian secara aktif dalam hala tuju dan perkembangan BTS.
Beberapa minggu lalu, syarikat pemaju dari China, Guangzhou R&F Properties Co Ltd membeli enam plot tanah berkeluasan 47 hektar di Johor Baru daripada Sultan Ibrahim bernilai RM4.5 bilion atau RM891 per kaki persegi.
Perjanjian itu mencatatkan rekod selepas beberapa bulan sebuah lagi syarikat dari China, Country Garden Holdings Co Ltd, membeli 22.26 hektar tanah di Danga Bayar bernilai RM376 per kaki persegi dari pemaju lain.
Selain itu, Berjaya Assets merupakan sebahagian daripada Kumpulan Berjaya di mana pada asasnya majoriti dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan.
Beliau merupakan pelabur dalam REDtone International Bhd dan membeli lebih banyak saham pada Julai untuk meningkatkan nilai pegangan sahamnya kepada 13.86 peratus, sekali gus menjadikan beliau pemegang saham kedua tertinggi dalam syarikat telekomunikasi itu.
Pada Mei lalu, Sultan Johor menamatkan 51 peratus kepentingan ekuitinya dalam REDtone Network Sdn Bhd (RN) menerusi transaksi dengan REDtone International yang pegangan saham dalam RN menurun daripada 70 peratus kepada 49 peratus.
Sumber mStar Online

Saturday, 23 November 2013

Johor Tukar Cuti Mingguan Kepada Hari Jumaat Bermula 1 Januari 2014.

Sebelum ni kecoh tentang Johor tukar cuti minggu SABTU AHAD kepada JUMAAT SABTU.

Sebenarnya cuti JUMAAT SABTU dah pun dilaksanakan di Johor dulu. Tapi lupa lak bila ianya ditukarkan semula ke SABTU AHAD.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Berita ini akhirnya disahkan oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, sempena Hari HOL yang disambut seluruh Negeri Johor.

Baginda menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Maka dengan ini secara sah dan konfom bahawa cuti mingguan negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya sah bertukar dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH SELAMATKAN SULTAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...