Showing posts with label zain. Show all posts
Showing posts with label zain. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Fakta Mewah Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Fakta Mewah Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


 Oleh Gua.com.my

Majlis perkahwinan pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan menjadi bualan hangat masyarakat kerana menerima tajaan lebih RM10 juta sekaligus merupakan perkahwinan termahal dalam industri seni tempatan.
Di sini GUA senaraikan beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan mewah pasangan yang selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 11.12.13 di Pusat Konvensyen Bandar Setia (SCCC), Setia Alam.

1. Che Ta menerima wang hantaran berjumlah RM23,200 simbolik tarikh lahir Zain yang jatuh pada 23 Februari.

2. Mas kahwin Che Ta bernilai RM9,300 pula merupakan simbolik tarikh lahir pelakon itu sendiri iaitu pada 9 Mac.

3. Pengacara ‘Primadona’ itu turut menerima cincin perkahwinan pemberian Zain yang dianggarkan bernilai RM93,000 juga simbolik tarikh lahir Che Ta yang direka khas oleh Habib Jewels untuknya.

4. Hantaran pasangan ini 9 berbalas 9 dulang di mana kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM200,000.


5. Hantaran mewah yang diterima pihak lelaki termasuklah lima pasang baju Melayu rekaan Man’s Kajang Collection, gelang tangan Pandora, jam tangan Cartier, tas tangan Prada dan Louis Vuitton, tali pinggang Louis Vuitton, lima helai kemeja Burberry, lapan botol wangian berjenama antaranya Ferragamo, Chanel, Polo, YSL dan Gucci serta lima pasang kasut berjenama Louis Vuitton, Tod’s dan Christian Loboutin.

6. Manakala Che Ta menerima barangan seperti telefon pintar iPhone dan Blackberry, lima pasang kasut jenama Christian Loboutin, empat pasang kain lace, tiga buah beg tangan jenama Chanel, 10 haruman berjenama di mana kebanyakan barang hantarannya dibeli di luar negara.

7. Selepas menggayakan barangan kemas bernilai RM11.5 juta pada majlis malam berinai, Che Ta menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM6.5 juta pada majlis akad nikahnya.


8. Tiara yang dipakai Che Ta yang bermotifkan geometri dihiasi dengan permata berlian berpotongan ‘brilian cut’, diselang-selikan dengan kilauan permata Kunzite dan Aquamarine.

9. Rantai leher Che Ta diserikan dengan taburan permata nilam dan berlian pelbagai bentuk berpotongan ‘rose cut’.

10. Manakala subang labuh dan rantai tangan ditatahi permata Paraiba dari keluarga Tourmaline, diselang-seli dengan permata nilam dan berlian juga berpotongan ‘rose cut’.

11. Jari manis Che Ta disarungkan dengan cincin permata nilam berbentuk hati berpotongan ‘cobochone’ bersama berlian berpotongan ‘rose cut’. Che Ta turut menyarungkan cincin permata berlian Habib 14 carat berbentuk oval bertakhtakan butiran permata.

12. Che Ta turut memakai rantai tangan tajaan Habib yang ditatah berlian berpotongan empat segi tepat atau dikenali sebagai ‘princess cut’.

13. Che Ta dan Zain memakai persalinan pengantin berona putih rekaan Man Kajang.

14. Pengantin tiba di SCCC menaiki limosin mewah berwarna putih jenama Chrysler.

15. Secara keseluruhan, pasangan ini menerima 28 tajaan antaranya barangan kemas dari Habib Jewels dan lokasi.

Wednesday, 11 December 2013

VIDEO & GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ZAIN SAIDIN & ROZITA CHE WAN (various sources)

VIDEO & GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN 
ZAIN SAIDIN & ROZITA CHE WAN
(various sources)



SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini.
Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam Rabu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.
Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.
Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.

Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.
Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang.
Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.
Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.
Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.
"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.
"Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini," selorohnya.
Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu.

Antara selebriti yang hadir ialah Tasha Shilla, Nur Fathia, Ayu Raudhah, Mazlan (Pet Pet), kakak Zain iaitu Sasha Saidin, Micheal Ang dan Azza (Elite).
Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan kedua-dua pengantin itu.
Rozita yang merupakan seorang janda mempunyai dua orang anak iaitu Aniq Ezzra, 15, dan Ammar Effendy, 17, hasil perkahwinan terdahulu dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003.




























Oleh RotiKaya Staff pada
11 December 2013, 7:12PM
Selepas majlis pernikahan pereka fesyen terkenal petang tadi, peminat dunia hiburan hari ii terus dihidangkan dengan majlis pernikahan berprofil tinggi dan kali ini melibatkan pasangan sensasiRozita Che Wan dan Zain Saidin.

Mengambil tempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam pasangan ini bakal di’ijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam cinta sesama mereka dan menjadi tumpuan para peminat sepanjang hubungan mereka terjalin.
Rozita Che Wan & Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.
Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000. (rtky/fr)
Kredit Gambar: Annas Easkay





Di Sekitar Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin Di Shah Alam
Oleh RotiKaya Staff pada 
11 December 2013, 2:12AM


Kerana pasangan ini mengehadkan penglibatan media seperti kami dalam perjalanan hari hari bahagia mereka, gambar awal yang boleh anda tatap mungkin tidak memuaskan hati namun raut wajah bahagia Rozita Che Wan & Zain Saidin masih boleh di’lihat.

Malam ini telah berlangsungnya majlis berinai buat pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang mengambil tempat di Ndah Mahligai, Shah Alam bermula sekitar 8.00 malam tadi. Itu sahaja maklumat yang kami ada setakat ini.

UPDATE-1: Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N’Dah Shah Alam di sini, malam Selasa. (via mStar Online)

Kami kongsikan beberapa keping gambar di bawah di media sosial dan rata rata peminat keliru dengan persalinan yang dikenakan Zain Saidin & Rozita Che Wan kerana begitu gah seolah olah mereka sudah bernikah dan ketika ini sedang bersanding.

Sesuai rasanya persalinan mereka dengan status majlis perkahwinan bernilai RM13 juta bukan?












77,580
62
159,023
11
267,443
9
144,510
13
31,568
3
391,353
19
531,550
31
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...