Showing posts with label Pereka Fesyen Pengantin. Show all posts
Showing posts with label Pereka Fesyen Pengantin. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Fakta Mewah Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Fakta Mewah Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


 Oleh Gua.com.my

Majlis perkahwinan pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan menjadi bualan hangat masyarakat kerana menerima tajaan lebih RM10 juta sekaligus merupakan perkahwinan termahal dalam industri seni tempatan.
Di sini GUA senaraikan beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan mewah pasangan yang selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 11.12.13 di Pusat Konvensyen Bandar Setia (SCCC), Setia Alam.

1. Che Ta menerima wang hantaran berjumlah RM23,200 simbolik tarikh lahir Zain yang jatuh pada 23 Februari.

2. Mas kahwin Che Ta bernilai RM9,300 pula merupakan simbolik tarikh lahir pelakon itu sendiri iaitu pada 9 Mac.

3. Pengacara ‘Primadona’ itu turut menerima cincin perkahwinan pemberian Zain yang dianggarkan bernilai RM93,000 juga simbolik tarikh lahir Che Ta yang direka khas oleh Habib Jewels untuknya.

4. Hantaran pasangan ini 9 berbalas 9 dulang di mana kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM200,000.


5. Hantaran mewah yang diterima pihak lelaki termasuklah lima pasang baju Melayu rekaan Man’s Kajang Collection, gelang tangan Pandora, jam tangan Cartier, tas tangan Prada dan Louis Vuitton, tali pinggang Louis Vuitton, lima helai kemeja Burberry, lapan botol wangian berjenama antaranya Ferragamo, Chanel, Polo, YSL dan Gucci serta lima pasang kasut berjenama Louis Vuitton, Tod’s dan Christian Loboutin.

6. Manakala Che Ta menerima barangan seperti telefon pintar iPhone dan Blackberry, lima pasang kasut jenama Christian Loboutin, empat pasang kain lace, tiga buah beg tangan jenama Chanel, 10 haruman berjenama di mana kebanyakan barang hantarannya dibeli di luar negara.

7. Selepas menggayakan barangan kemas bernilai RM11.5 juta pada majlis malam berinai, Che Ta menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM6.5 juta pada majlis akad nikahnya.


8. Tiara yang dipakai Che Ta yang bermotifkan geometri dihiasi dengan permata berlian berpotongan ‘brilian cut’, diselang-selikan dengan kilauan permata Kunzite dan Aquamarine.

9. Rantai leher Che Ta diserikan dengan taburan permata nilam dan berlian pelbagai bentuk berpotongan ‘rose cut’.

10. Manakala subang labuh dan rantai tangan ditatahi permata Paraiba dari keluarga Tourmaline, diselang-seli dengan permata nilam dan berlian juga berpotongan ‘rose cut’.

11. Jari manis Che Ta disarungkan dengan cincin permata nilam berbentuk hati berpotongan ‘cobochone’ bersama berlian berpotongan ‘rose cut’. Che Ta turut menyarungkan cincin permata berlian Habib 14 carat berbentuk oval bertakhtakan butiran permata.

12. Che Ta turut memakai rantai tangan tajaan Habib yang ditatah berlian berpotongan empat segi tepat atau dikenali sebagai ‘princess cut’.

13. Che Ta dan Zain memakai persalinan pengantin berona putih rekaan Man Kajang.

14. Pengantin tiba di SCCC menaiki limosin mewah berwarna putih jenama Chrysler.

15. Secara keseluruhan, pasangan ini menerima 28 tajaan antaranya barangan kemas dari Habib Jewels dan lokasi.

MAJLIS PERNIKAHAN JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA DATUK SERI ISMAIL SABRI

MAJLIS PERNIKAHAN 
JOVIAN MANDAGIE
 &
 NINA SABRINA DATUK SERI ISMAIL SABRI 
(VARIOUS SOURCES)



Jovian Mandagie Nina Sabrina Selamat Diijabkabul

sumber : Gua.com.my

Pereka fesyen dan pengacara, Jovian Mandagie, 27, telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan hidupnya, anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri, 26, pada Rabu.


Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa dan wali pengantin perempuan dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan.

Majlis pernikahan yang dihadiri hampir 350 tetamu itu berkonsepkan taman indah yang berlangsung di Balairong Seri Istana Negara Lama, Kuala Lumpur sekaligus melakar sejarah sebagai pasangan pengantin pertama yang mendapat kebenaran Istana Negara untuk melangsungkan pernikahan sebelum dibuka kepada umum.


Nina yang merupakan kakak kepada penyanyi Dafi menerima 11 hantaran daripada pihak pengantin lelaki berbalas 13 daripada pihak pengantin perempuan.

Untuk majlis nikah, Jovian dan Nina menggayakan persalinan daripada fabrik Songket DiRaja Brunei. Jovian segak bertanjak diinspirasi daripada asas keturunan Raja - Raja Melayu indah disinggah sana, manakala persalinan pengantin perempuan anggun dipenuhi manik beralaskan renda Peranchis dan ‘oversized tulle cape’ melalui potongan semi duyung.

Kedua-duanya tampil serba putih dan segak dalam persalinan yang direka khas oleh Jovian Mandagie Couture.--







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...