Showing posts with label lemas. Show all posts
Showing posts with label lemas. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

13 anggota tentera dikhuatiri lemas bot hilang di perairan Pulau Nangka, Melaka

13 anggota tentera dikhuatiri lemas bot hilang di perairan Pulau Nangka, Melaka




GERAKAN mencari dan menyelamat 13 anggota tentera yang dikhuatiri lemas diteruskan selepas bot yang dinaiki dipercayai hilang ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka, Melaka malam semalam. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
Melaka Tengah: Seramai 13 anggota tentera dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai hilang ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka, malam semalam.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari persisir Sungai Udang ke pulau berkenaan. 

Dipercayai, kira-kira jam 9 malam semua kumpulan itu dilanda ribut dan ombak. Hanya tiga bot yang dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya sampai ke Pulau Upeh kira-kira jam 12.30 tengah malam. 





Dalam pada itu, menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian.

Sehingga jam 8.30 malam tadi, gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan mengesahkan mengenai kejadian kehilangan 13 anggota tentera yang sedang menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi memaklumkan kerja mencari dan menyelamat semua mangsa sejak kira-kira jam 5 petang tadi masih dijalankan. 
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

SUMBER BERITA HARIAN

Sunday, 1 December 2013

Bukan Kejadian Lemas Biasa: Dua Mayat Adik Ditemui Berasingan Dari Mayat Kakak

Bukan Kejadian Lemas Biasa: Dua Mayat Adik Ditemui Berasingan Dari Mayat Kakak



ALOR SETAR: Bukan kejadian lemas biasa.

Mayat dua lagi adik kepada mangsa yang ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh yang dilaporkan hilang sejak 29 November lalu ditemui terapung di dua kawasan berasingan.

Mayat pertama Nur Syafikah Rusdi ,14 ditemui di Alor Senibung, Pendang lewat petang semalam manakala dua adiknya Nur Izzati Husna Rusdi,12 dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, ditemui di Alor Semela, Kg Padang Petani, Alor Setar pukul 4 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, pihaknya akan menyiasat kes tersebut dimana mengikut keputusan awal bedah siasat mayat pertama didapati lemas kerana muka mangsa tersembam pada lumpur.

Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat mangsa pertama (kakak sulung) yang ditemui semalam didapati mangsa mati kerana lemas dan tiada sebarang kesan rogol ke atas mangsa.

Malah motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Tambah Ahmad sehelai seluar turut dijumpai berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenalpasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa petama ekoran mangsa pertama yang ditemui separuh bogel lewat petang kelmarin.

“Kejadian lemas ini bukan kejadian biasa kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui dikawasan berasingan,” tambah beliau.

Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin keatas dua lagi mayat mangsa yang baru ditemui lewat petang tadi.

Kes disiasat dibawah seksyen 302.


Sumber : ASTRO AWANI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...