Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Sunday, 1 December 2013

Bukan Kejadian Lemas Biasa: Dua Mayat Adik Ditemui Berasingan Dari Mayat Kakak

Bukan Kejadian Lemas Biasa: Dua Mayat Adik Ditemui Berasingan Dari Mayat Kakak



ALOR SETAR: Bukan kejadian lemas biasa.

Mayat dua lagi adik kepada mangsa yang ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh yang dilaporkan hilang sejak 29 November lalu ditemui terapung di dua kawasan berasingan.

Mayat pertama Nur Syafikah Rusdi ,14 ditemui di Alor Senibung, Pendang lewat petang semalam manakala dua adiknya Nur Izzati Husna Rusdi,12 dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, ditemui di Alor Semela, Kg Padang Petani, Alor Setar pukul 4 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, pihaknya akan menyiasat kes tersebut dimana mengikut keputusan awal bedah siasat mayat pertama didapati lemas kerana muka mangsa tersembam pada lumpur.

Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat mangsa pertama (kakak sulung) yang ditemui semalam didapati mangsa mati kerana lemas dan tiada sebarang kesan rogol ke atas mangsa.

Malah motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Tambah Ahmad sehelai seluar turut dijumpai berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenalpasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa petama ekoran mangsa pertama yang ditemui separuh bogel lewat petang kelmarin.

“Kejadian lemas ini bukan kejadian biasa kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui dikawasan berasingan,” tambah beliau.

Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin keatas dua lagi mayat mangsa yang baru ditemui lewat petang tadi.

Kes disiasat dibawah seksyen 302.


Sumber : ASTRO AWANI

Saturday, 30 November 2013

Polis buru 10 lagi suspek pengikut 'Tuhan Harun'

Polis buru 10 lagi suspek pengikut 'Tuhan Harun'


KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sepuluh lagi pengikut kumpulan ajaran sesat, ‘Tuhan Harun’ bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), 10 November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan melalui laman Facebook PDRM hari ini.

harun

Berdasarkan laporan media, tujuan penangkapan tersebut bertujuan bagi melengkapkan siasatan susulan penangkapan 13 pengikut yang sama semalam.

"Pihak polis percaya dengan 10 tangkapan baru yang menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang termasuk 2 wanita serta dengan rampasan sepucuk pistol semi auto, kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Agama Islam Pahang dianggap telah diselesai.

"Walaubagaimanapun pihak polis akan mengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan kes ini," kata Hadi dalam kenyataan tersebut.

PDRM turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut agar menghubungi pegawai-pegawai berikut:

DSP ZAKARIA - 019-3822020
ASP ZUKRI - 013-9764999
INSP MOHD HASNI - 016-4888025

Dalam kejadian tersebut, Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malekmaut ditembakoleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di Kuantan.

Kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Susulan kejadian itu, ketua kumpulan sebuah sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.

Dengan penangkapan Harun, polis telah berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan 13 suspek termasuk dua wanita yang merupakan anggota kumpulan ajaran sesat itu serta merampas senjata api yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan itu.

Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya @KBAB51 malam tadi. 

Sumber : Astro Awani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...