Showing posts with label adi putra bercinta isteri orang. Show all posts
Showing posts with label adi putra bercinta isteri orang. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

KES WASSAP ADI PUTRA - BUTANG JAKET TERCABUT - NORADIA

- KES WASSAP ADI PUTRA -
 BUTANG JAKET TERCABUT - NORADIA

ada orang nasihatkan saya untuk sensorkan mana-mana yang patut.


Kesan dari berpakaian WOW pada press conference tempohari, Noraida telah dihentam teruk oleh rakyat Malaysia.

 Sila rujuk Artikel sebelum ini :

POPULAR POSTS



Akibat timbul pelbagai spekulasi dan dihujani bertan-tan metrik persoalan atas cara berpakaiannya pada hari itu, Noradia tampil membela diri dengan  menjawab salah satu tweet yang diajukan kepadanya.



Reply to   
Image will appear as a link



maka sekarang anda semua telah dapat jawapan mengapa dia berpakaian macam tu. terpulang pada anda untuk menilai jawapannya.

Sunday, 15 December 2013

GAMBAR & KES ADI PUTRA & NOORAIDA : SIAPA WHATSAPP SIAPA DULU ?

KES ADI PUTRA & NORAIDA : 

SIAPA WHATSAPP SIAPA DULU ?


Apa daaa. Masih kecoh tentang kes wassap ni. Masing-masing buat press conference. Tak palah biar mereka pertahankan diri masing-masing. Moga kebenaran memihak kepada yang hak.

Berikut adalah satu kenyataan Nooraida kepada media tentang siapa whatsapp siapa dulu. Dan kami sertakan sekali gambar-gambar yang dikatakan screenshot dari whatsapp chat antara Adi Putra & Nooraida.


NOORAIDA AKUI WHATSAPP ADI PUTRA TERLEBIH DAHULU

Selepas Adi Putra mengadakan sidang media untuk memperjelaskan mengenai kes skandalnya bersama isteri orang di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Khamis, pihak yang dikaitkan dengan Adi, Nooraida Abdul Mutalib, 30, mengambil langkah sama bila bertindak menjelaskan keadaan dalam satu sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Nooraida mendedahkan dirinya yang terlebih dahulu mengirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada lelaki yang dipercayai sebagai aktor Adi Putra.
"Saya mengirimkan mesej menerusi WhatsApp kepadanya (lelaki yang dipercayai Adi) terlebih dahulu. Ketika itu, dia akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Saya mengirimkan ucapan selamat kepadanya dan mendoakan agar doanya dimakbulkan di sana," jelas Nooraida.
"Selepas itu, kami sering berbalas-balas mesej. Dia juga mengirimkan gambar berbentuk 'selfie' kepada saya. Sebagai peminat yang memang meminati dia dan lakonannya, sudah tentu saya teruja apabila dia membalas WhatsApp dan mengirimkan gambar kepada saya. Dia romantis, pandai pujuk saya, saya pun ada kirimkan gambar berbentuk 'selfie' tapi gambar tersebut tidak keterlaluan. Apa yang membuatkan saya betul-betul terkejut apabila dia mengirimkan gambar-gambar lucah yang dipercayai adalah dirinya.
                                 
"Saya tertanya sendiri dan seakan tidak percaya, betul ke ini dia? Menyedari perkara itu salah, saya berhenti dari membalas WhatsApp. Semasa saya berbalas-balas WhatsApp pun, saya menjaga pertuturan saya. Walaupun sudah berhenti, dia pandai memujuk rayu. Apabila suami saya dapat ketahui perkara ini, saya berterus terang pada suami saya."

Diminta mengulas adakah dia tidak takut jika aibnya dan suami dibuka dengan lebih lagi apabila mereka memutuskan untuk memanjangkan perkara ini, Nooraida punya penjelasan yang tersendiri.

"Selama empat bulan ini, macam-macam orang berkata. Saya biarkan sahaja. Saya menyesal dengan perbuatan saya. Sekarang semua orang pun sudah tahu. Saya cuma mahu menegakkan kebenaran dan membersihkan nama yang sudah tercalar," jelas Nooraida lagi.

Dalam pada itu, suami Nooraida, Amiruddin Othman menjelaskan yang dia sudah memberikan peluang kepada orang yang dipercayai sebagai Adi Putra sebelum ini untuk menjelaskan keadaan.

"Selepas saya dapat tahu Nooraida berhubung dengan dia, saya hubunginya untuk bersemuka secara baik. Saya bagi tempoh dua minggu kepada dirinya tetapi dia enggan. Lalu saya membuat laporan polis. Sehingga hari ini sudah masuk empat bulan, tiada sebarang respon darinya. Bukan nak mengaibkan lagi, tapi bila difikirkan semula, semua orang sudah tahu. Kesabaran saya juga ada batasnya, jadi biarlah diteruskan begini untuk melihat semula kes ini kerana keputusannya sebelum ini terdapat perkara yang sangat meragukan," jelas Amir.




GAMBAR YANG DIKATAKAN SCREENSHOT DARI CHAT 
WHATSAPP ANTARA ADI PUTRA DAN NOORAIDA
(from various sources)





UNTUK ARTIKEL YANG BERKAITAN SEBELUM INI :

Friday, 13 December 2013

Kes Skandal Adi Putra :14 Gambar Sidang Media Suami dan Noraida

 Kes Skandal Adi Putra 

14 Gambar Sidang Media Suami dan Noraida


Kes Skandal Adi Putra: Suami Dakwa Polis Bias



KUALA LUMPUR 13 Dis - Suami kepada Noraida Abd. Mutalib, wanita yang dikatakan mempunyai skandal kontroversi dengan pelakon, Adi Putra, Amiruddin Othman hari ini memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pagi tadi susulan keputusan tiada tindakan selanjutnya (NFA) ke atas pertuduhan terhadap pelakon itu.
Amiruddin berkata, laporan tersebut dibuat di bahagian tatatertib selepas pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Fergie Din dilihat sebagai tidak profesional serta bias atau berat sebelah.
"Susulan daripada keputusan NFA ke atas laporan yang telah dibuat, saya bersama isteri saya telah membuat satu laporan polis di Bukit Aman terhadap pegawai penyiasat di bahagian tatatertib kerana saya merasakan yang penyiasatan yang dilakukan tidak telus dan tidak profesional.
"Mengapa saya rasakan siasatan tidak telus?Kerana pihak siasatan telah mengarahkan saya menarik balik laporan yang telah dibuat selain pegawai penyiasat terbabit kelihatan mesra bersama suspek yang hadir ke balai polis untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Hotel Concorde di sini hari ini.

Sementara itu, Noraida ketika ditanya mengapa beliau terus berhubung dengan Adi Putra selepas pelakon itu dikatakan mula menghantar pesanan berbaur lucah, beliau menjawab beliau melakukannya kerana terlalu teruja kerana telah meminati pelakon itu sejak sekian lama lagi.
"Memang saya yang mula menghantar pesanan kepadanya tetapi lebih kepada ucapan selamat kerana saya tahu beliau sedang mengerjakan umrah.
"Saya juga sudah berkata kepadanya supaya berhenti menghantar pesanan 'lucah' tersebut tetapi saya tidak sangka dia teruskan juga, dan saya terus layan beliau kerana saya sangat teruja selain sikap beliau yang romantik dan pandai memujuk,' ujarnya.
 

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau ‘no further action (NFA)’ serta menganggap kes tersebut telah selesai.


Adi menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dibuat untuk mengaitkan dirinya dengan isu tersebut akan dianggap sebagai cubaan menjatuhkan reputasinya.

Pada September lalu Adi didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.



 



















NOTA SINDIKET : SPEECHLESS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...