Tuesday 3 December 2013

Lefthanded Buat Konsert Di Melaka

Lefthanded Buat Konsert Di Melaka



Kumpulan Rock, Lefthanded bakal menggegarkan Melaka Bandaraya Bersejarah setelah 15 tahun tidak beraksi di negeri itu.


Showcase yang bakal diadakan di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Disember ini dijangka bakal mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan persembahan daripada lagenda rock ini.


Bercakap kepada pihak media, vokalis kumpulan ini, Nash, memberitahu mereka akan mempersembahkan kira-kira 15 buah lagu pada konsert tersebut. Bagaimanapun, tidak akan ada sebarang gimik.


"Konsert ini akan dibahagikan kepada dua set, dan kami akan membawakan sebanyak 15 buah lagu popular kami. Tiada sebarang gimik yang akan ditampilkan tetapi kami akan memberi persembahan yang santai tetapi mantap khas buat peminat," ujar Nash ketika ditemui di sidang media majlis tersebut di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, petang Selasa.


Sementara itu, gitaris Lefthanded, Man Kidal memberitahu, selain konsert terdapat beberapa aktiviti seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi secara konvoi bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Melaka akan turut diadakan.


"Sebanyak 50 sehingga 60 buah motosikal akan konvoi beramai-ramai bagi menyaksikan persembahan kami di Melaka itu nanti. Kita juga akan adakan jualan lelong gitar bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negara ini," ujar Man Kidal.


Persembahan kumpulan rock ini akan bermula pada jam 8.45 malam dan akan turut menampilkan Mus May dan Silah (Kialauan Emas) sebagai artis undangan.

Hard Rock Cafe Melaka dipilih kerana lokasi tersebut masih baru dan ingin memperkenalkan negeri tersebut. Lefthanded sebelum ini pernah membuat persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Peminat boleh mendapatkan tiket di kaunter Hard Rock Melaka dengan harga RM70 dan RM80 atau boleh menghubungi talian 06-2925188



Sumber : Gua.com.my-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...