Tuesday 3 December 2013

NELYDIA SENROSE BUAT KAJIAN BABAK ROGOL

NELYDIA SENROSE BUAT KAJIAN BABAK ROGOL



Pertama kali tampil di layar perak menerusi filem Cinderella, Nelydia Senrose mengakui tertekan dan takut ketika ditawarkan sebagai teraju utama di samping Fizo Omar. Filem cinta karya Ahmad Idham itu diinspirasikan dari drama bersiri Cinderella yang menjadi fenomena satu ketika dahulu.

“Sesiapa yang berada di tempat saya mesti dapat rasa tekanan kerana membawakan watak yang dulunya dibawa oleh Haliza Misbun. Saya masih baru lagi dan masih banyak yang perlu dipelajari dan saya berharap agar tidak membandingkan saya dengan Haliza Misbun,” kata Nelydia ketika ditemui di majlis pratonton filem tersebut baru-baru ini.

Tidak berkesempatan untuk menonton drama bersiri tersebut kerana masih kecil ketika ianya bersiaran, Nelydia mengambil pendekatan untuk membuat kajian di laman sosial Youtube. Malah, dia juga mendapat tunjuk ajar daripada Ahmad Idham sendiri selaku pengarah.

Begitu gembira kerana diberikan peluang untuk beraksi di layar perak, Nelydia membuat banyak kajian terutamanya untuk babak rogol yang diselitkan dalam filem Cinderella. Malah Nelydia juga mencari keserasian kerana buat pertama kalinya digandingkan dengan Fizo Omar sebagai suami isteri.

“Pelbagai aspek perlu diambil kira kerana saya mahu lakonan saya kelihatan seperti bersahaja memandangkan watak yang saya galas memerlukan saya banyak bermain dengan emosi. Jadi, saya perlu menghayati watak saya dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nelydia juga bakal bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad untuk drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang bakal bersiaran mulai 9 Disember ini. Drama bersiri 60 episod tersebut merupakan adaptasi daripada sebuah novel popular karya E-Man Saufi dan diarahkan oleh Jamal Khan.



Sumber: gua.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...