Friday 20 December 2013

Mangsa culik warga Taiwan berjaya diselamatkan

Mangsa culik warga Taiwan berjaya diselamatkan

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya petang ini.
"Syabas pasukan bersenjata Filipina, mangsa culik rakyat Taiwan di Pom Pom berjaya diselamatkan," katanya.
Ia kemudian disusuli dua lagi catatan berbunyi: "Kita tunggu perkembangan lanjut dari pihak berkuasa Filipina." Khalid berkata wanita itu yang diselamatkan di Sulu, kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok. Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 Nov, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, 57, ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh ke bilik penginapan mereka di pulau berkenaan.
Dalam kes itu, polis turut menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis lepas.
Kedua-duanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan bekerja di kawasan pulau sekitar Semporna.
Sumber Harian Metro 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...