Tuesday 3 December 2013

Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen

Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen


Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.


“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.


Pelakon ini berkata jika tindakan Erma Fatima itu sengaja ingin cetuskan kemarahan beliau, ianya tidak akan terjadi & juga memaklumkan akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.


Bukan susah, hantar sahaja ke bank yang mahu menerima syiling 5 sen sebagai deposit tunai. Selesai cerita dan tiada lagi drama. Buat Erma Fatima


Sumber Roti Kaya & mStar Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...