Saturday 23 November 2013

Johor Tukar Cuti Mingguan Kepada Hari Jumaat Bermula 1 Januari 2014.

Sebelum ni kecoh tentang Johor tukar cuti minggu SABTU AHAD kepada JUMAAT SABTU.

Sebenarnya cuti JUMAAT SABTU dah pun dilaksanakan di Johor dulu. Tapi lupa lak bila ianya ditukarkan semula ke SABTU AHAD.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Berita ini akhirnya disahkan oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, sempena Hari HOL yang disambut seluruh Negeri Johor.

Baginda menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Maka dengan ini secara sah dan konfom bahawa cuti mingguan negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya sah bertukar dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH SELAMATKAN SULTAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...