Showing posts with label perhimpunan agung umno. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan agung umno. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

Tiada tembok pemisah antara UMNO dengan pertubuhan Islam lain - Muhyiddin

Tiada tembok pemisah antara UMNO dengan pertubuhan Islam lain - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin kanan UMNO dan perwakilan mengaminkan bacaan doa sebelum berucap merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC, malam ini. - Foto Khairul Azry Bidin


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam tidak sepatutnya ada tembok pemisah dengan pertubuhan Islam lain untuk membentuk kerjasama dan perpaduan lebih jitu berasaskan semangat persaudaraan di dalam Islam.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, tugas utama parti berkenaan kini adalah untuk memastikan perpaduan ummah sentiasa terpelihara. 


"Untuk itu, UMNO akan terus berganding bahu dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk mempelopori usaha penyatuan ummah dalam ertikata yang sebenar. 

"Pintu UMNO sentiasa terbuka luas untuk menyahut seruan perpaduan dan kerjasama dengan semua pertubuhan Melayu dan Islam. Inilah yang menjadi harapan umat Melayu dan Islam di negara kita.

"Mereka yang mahu melihat perpaduan ummah yang lebih jitu terbina kerana dengan perpaduanlah kepentingan Islam akan sentiasa dapat dibela," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013 dengan tema `Menyambung Risalah Perjuangan Suci' di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, perpaduan ummah menjadi lebih penting ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran dan bukan sahaja dilanda krisis dan pertumpahan darah, malah diasak dengan pelbagai serangan minda dan jiwa.

"Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalam ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain. 
"Malah, dalam dunia hari ini, prinsip kebebasan individu yang tidak berteraskan nilai agama dan budaya dijadikan penandaaras moral di peringkat global," katanya.

Selain itu, katanya, jika dipenuhi kesemua tuntutan hak asasi tanpa batas itu, kesucian institusi keluarga sudah tidak dapat dipertahankan lagi dan malah, keruntuhan institusi keluarga dan akhlak insan pasti terjadi.

Beliau berkata, Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam yang diisytiharkan semasa Persidangan Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 1990 mengiktiraf institusi keluarga sebagai tiang seri masyarakat dan perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukannya.

"Keselamatan akidah umat Islam juga dipelihara dengan tidak mengiktiraf kesalahan murtad sebagai suatu hak. Kandungan Deklarasi Kaherah ini perlu dijadikan panduan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kumpulan hak asasi manusia yang mendesak supaya umat Islam mengiktiraf hak-hak yang bercanggah dengan prinsip Islam," katanya.



Monday, 2 December 2013

UMNO diminta jadi perantara rundingan perdamaian - Zahid Hamidi

UMNO diminta jadi perantara rundingan perdamaian - Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi UMNO & Khalid Meshaal HAMAS


 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu hari ini diminta menjadi perantara dalam rundingan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Katanya perkara itu disampaikan oleh pemimpin Hamas, Khalid Meshaal kepada beliau dalam pertemuan mereka di sini.

Khalid meminta Umno dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) memainkan peranan sebagai perantara kerana mereka yakin serta percaya PCOM dan Umno boleh menjadi pemangkin kepada program perdamaian ini, katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Khalid dan delegasi Hamas itu yang berada di negara ini untuk menghadiri Forum Antarabangsa Umno 2013, bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata dalam pertemuan itu beliau turut memberi jaminan kepada Khalid yang Malaysia akan terus membantu pembangunan di Gaza dan Rafah, selain menawarkan biasiswa kepada pelajar mereka yang menyambung pengajian di sini. - BERNAMA



Sumber: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...