Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

Mayat lelaki dibalut selimut putih ditemui di Berapit

Mayat lelaki dibalut selimut putih ditemui di Berapit

BUKIT MERTAJAM: Misteri bau busuk di kawasan berdekatan Kuari Weng Lee, Berapit di sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki yang telah kembung hari ini. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata mayat lelaki berbogel dan dibalut selimut putih itu ditemui pada 10.35 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan. 

Katanya berdasarkan keadaan mayat itu, lelaki berkenaan dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi semak kawasan itu. 


Beliau berkata, orang awam yang tidak tahan dengan bau busuk telah membuka bungkusan itu dan terkejut mendapati mayat seorang lelaki dengan keadaan kaki dan tangannya terikat. 

"Mereka kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis dan siasatan awal mendapati mangsa telah mati sejak beberapa hari lepas dipercayai dibunuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Azman berkata polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat. 

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, katanya. - BERNAMA 

Sumber Berita Harian

Saturday, 30 November 2013

PAUL WALKER, PELAKON UTAMA FAST & FURIOUS MATI KEMALANGAN (+video)

PAUL WALKER, PELAKON UTAMA FAST & FURIOUS MATI KEMALANGAN (+video)




Paul Walker 40, pelakon utama siri Fast & Furious dilaporkan meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang berlaku di Santa Clarica, California hampir 3 jam yang lalu.

Paul adalah seorang penumpang yang menaiki kereta Porshe Carerra GT yang dipandu oleh seorang lagi rakannya. Dikatakan kereta itu telah hilang kawalan lalu merempuh ke bahagian tepi jalan dan kemudiannya terbakar.

 

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba menolong dan mengambil gambar namun tidak ramai yang tahu siapakah mangsa kemalangan itu sebenarnya.

Berikut adalah sebuah video amatur tentang kemalangan tersebut


Vin Diesel, menulis dalam Instagram mengatakan :

" Brother I will miss you very much. I'm absolutely speechless. Heaven has gained a new Angel. Rest in Peace "


MonologMantra:

Cerita Fast & Furious adalah antara faktor yang saya menceburi bidang 'main' kereta. Watak O'Connor sebagai undercover amat menarik minat saya dalam bidang penyiasatan. Kehilangannya sedikit sebanyak memberi kesan pada saya. Saya membesar menonton ceritanya.








Sumber Rujukan : BBC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...