Tuesday 24 December 2013

POLIS NAFI PENGEBOMAN DI BUKIT AMAN

POLIS NAFI PENGEBOMAN DI BUKIT AMAN
Harian Metro: Mutakhir / 4 hours ago

Kuala Lumpur: Polis menafikan satu kenyataan di Facebook mendakwa berlaku pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyebabkan kecederaan dan kematian pegawai serta anggota polis.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Superintendan Lai Lee Ching berkata, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam keadaan tenang dan beroperasi seperti biasa.

Menurutnya, berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

"Perbuatan menyebarkan khabar angin ini adalah tindakan keji dan akan diambil tindakan tegas.

"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/24

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...