Pindaan hanya perlembagaan Umno, bukan Persekutuan
SHAH ALAM - [VIDEO] Pindaan perlembagaan berhubung Islam agama Persekutuan dengan memasukkan sekali definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah, hanya tertakluk di bawah perlembagaan Umno.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan perkara itu apabila ditanya kewajaran meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu sama.
Jelasnya, pindaan perlembagaan untuk memasukkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah hanya akan dilakukan terhadap perlembagaan Umno dalam perkara 3, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, perlembagaan sedia ada di peringkat Persekutuan dan negeri boleh melengkapi perlembagaan parti itu berhubung ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Seperti Perdana Menteri sudah sebutkan, dalam Perlembagaan Umno perkara 3 kita akan buat pindaan dalam perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan sekali gus memasukkan dengan bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.
"Perlembagaan Persekutuan sedia ada untuk undang-undang berkaitan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah telah saling melengkapi.
"Sebab itu seperti pengumuman Perdana Menteri, ia sebutkan pindaan dalam Perlembagaan Umno sahaja," katanya kepada sidang media selepas perasmian sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013, di PWTC, hari ini.
Pada Sabtu lalu, Najib yang juga Presiden Umno dalam ucapan penggulungannya telah mengumumkan satu perhimpunan agung khas akan diadakan bertujuan meminda perlembagaan parti itu.
Najib berkata pindaan itu dibuat bagi membolehkan takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah dimasukkan ke dalam perlembagaan parti.
Namun, Najib menjelaskan tarikh perhimpunan agung khas itu akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno pada satu tarikh yang akan diumumkan.
"Kita masuk dalam perlembagaan Umno. Soal perlembagaan negara ini dia (pindaan) ada proses lagi yang terpaksa dilalui.
"Ia perlu melalui perbincangan, Timbalan Perdana Menteri sudah jelaskan dalam ucapannya, kita perlukan majoriti dua per tiga dan sokongan Majlis Raja-Raja untuk pinda perlembagaan persekutuan," katanya
Jamil yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pindaan perlembagaan parti itu akan dipercepatkan.
"Ini tambahan kita buat dalam perlembagaan Umno perkara 3, seiring dan lebih memperkukuhkan kita punya perjuangan Umno itu sendiri.
"Kita akan usaha untuk pindaan itu secepat mungkin," katanya.
Sumber Sinar Harian

No comments:
Post a Comment