Thursday, 12 December 2013

KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI SENAI? ITU TIDAK BENAR!

KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI SENAI? 
ITU TIDAK BENAR!


Hampir kecoh bila beberapa individu mengatakan bahawa ada kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Sebenarnya ia adalah satu latihan bersepadu yang membabitkan beberapa agensi kerajaan dan swasta. Ibarat Latihan Masa Sebenar.

Lagipun kami yang duduk berhanpiran dengan Lapangan Terbang Senai pun tidak mendengar apa-apa jenis letupan atau kekecohan. Sebenarnya telah beberapa kali latihan jenis ini telah dijalankan sejak 20 tahun dulu. Maka kami dah lali dengan hal sebegini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Polis Johor melalui laman Facebook mereka:-

BERITA BERKAITAN KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI SENAI ADALAH TIDAK BENAR





Untuk makluman, hari ini 12/12/13 (Khamis) jam 1135 pagi telah diadakan latihan Airport Emengency Plan (AEP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). 

Latihan ini melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai(LTAS). 

AEP ini kendalikan oleh pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan kerjasama dari agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Hospital Kulaijaya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. 

Latihan ini diadakan khusus untuk menilai tahap kesiapsiagaan semua agensi dalam mengendalikan situasi kecemasan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, DSP Mohad Idris Bin Samsuri merupakan komander sepanjang AEP ini dilaksanakan. 

Bentuk kecemasan dan masa yang tepat tidak dimaklumkan kerana mahu menilai respon dan tahap kecekapan semua agensi dalam menyelasaikan kes kecemasan. 

Latihan tersebut tamat pada jam 1.00 tengahari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...